Ahad, 11 Disember 2011

Siput sedut masak asam pedas

Bahan-bahan:
1kg siput sedut (buang ekor)
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
2 tangkau daun kesum
1/2 sudu pati asam jawa
garam & gula
250 ml air
minyak

Bahan kisar:
10 biji lada kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan seketika.
3. Masukkan bancuhan pati asam jawa.
4. Masukkan siput sedut dan balik-balikkan sebentar.
5. Masukkan air dan biarkan mendidih atau sehingga siput sedut masak.
6. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
7. Siput sedut masak asam pedas sedia untuk dihidangkan.

Mari jawab soalan,
1. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak siput sedut asam pedas?
2. Senaraikan imbuhan yang anda jumpa.
3. Tulis satu karangan tentang cara menyediakan masakan siput sedut asam pedas.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai.
    Selamat mencuba !




Tiada ulasan:

Catat Ulasan