Ahad, 11 Disember 2011

Ayam masak daun limau purut

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 keping 

500ml pati santan
1 sudu besar asam jawa - diramas dengan 250ml air
7 helai daun limau purut - disiat kecil-kecil
6 sudu besar minyak


Bahan kisar:
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
3cm lengkuas
2 batang serai
10 biji cili kering
3 biji cili padi
4 biji cili merah
2 sudu teh garam kasar
1 sudu teh gula batu

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan pati santan. Kacau berterusan di atas api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan biarkan merenih sehingga kuah pekat.
4. Hidangkan panas dengan nasi putih.

Mari jawab soalan,
1. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak rebung kari masak tulang?
2. Dengan merujuki kamus, cari maksud perkataan yang dicetak berwarna.
3. Tulis satu karangan tentang cara menyediakan masakan rebung masak kari dengan tulang.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai.
    Selamat mencuba !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan