Khamis, 15 Disember 2011

Masakan daripada beberapa negeri-negeri di Malaysia


Bil
Nama Negeri
Jenis Masakan terkenal di negeri tersebut
1
Perlis
Laksa Perlis
2
Kedah
Asam laksa atau Gulai nangka
3
Pulau Pinang
Nasi kandar atau Pasambur
4
Perak
Rendang tok
5
Selangor
Nasi lemak
6
Melaka
Asam pedas
7
Negeri Sembilan
Gulai/Masak lemak cili api
8
Johor
Mee bandung
9
Kelantan
Nasi kerabu
10
Terengganu
Nasi dagang
11
Pahang
Gulai/Masak tempoyak ikan patin

Peta malaysia

Untuk maklumat lanjut tentang Malaysia sila klik link dibawah
~Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas~

entri ketiga

Kenali Malaysia melalui Makanan.

Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.Maka hidangan daripada pelbagai kaum dan etnik Malaysia yang boleh dinikmati oleh semua orang itu Malaysia kini dikenali sebagai syurga makanan selain dari tempat-tampat pelancongan dan keindahan alam semulajadinya.

Rabu, 14 Disember 2011

Masakan dari Negeri Johor






Nasi Ambeng

Nombor 1: Nasi
Nasi hendaklah dimasak menggunakan beras yang terpilih dari negeri Kedah. Seelok-eloknya gunakanlah beras Cap Padi. Hendaklah menggunakan air tanpa klorin untuk menjamin rasanya yang asli. Nasi perlu berasa tawar, iaitu jangan dicampurkan gula atau garam,

Nombor 2: Ayam Goreng
Ayam hendaklah dipilih daripada jenis ayam kampung dara yang disembelih secara sempurna. Lebih sesuai dimasak masakan ayam penyet. Digoreng menggunakan 11 jenis rempah asli termasuk kunyit, jintan, ketumbar, buah keras, buah pala, kayu manis, lada hitam dan putih, bunga cengkih, bunga lawang, bunga orkid dan bunga raya.

Nombor 3: Sambal Belacan
Gunakan cili segar dari ladang dan bukan cili sos dari botol. Belacannya pulak hendaklah diperbuat daripada udang geragau dan bukan dibuat daripada udang harimau.

Nombor 4: Sambal Goreng
Sambal belacan yang telah siap tadi digoreng sehingga rupanya kelihatan seperti gambar di atas.

Nombor 5: Serunding Kelapa
Ini adalah ramuan paling penting dalam masakan nasi ambeng ini. Bahan utamanya ialah kelapa yang diadun dengan 11 rempah yang dinyatakan tadi. 

Nombor 6: Tempe Goreng
Tempe goreng perlu disediakan . Tempe yang dibungkus dengan daun ketapang hendaklah digoreng dengan minyak sawit.

Nombor 7: Timun
Gunakan timun Melayu. Jangan guna timun cina. Timun cina berisi merah dan berasa manis. Tak percaya, tanya orang Kelantan.

Nombor 8: Daun Pisang
Pilihlah daun pisang yang berwarna hijau. Jangan pilih yang dah berwarna kuning, apatah lagi yang warna cokelat. Daun pisang yang terbaik boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi ambeng.

resepi ini dipetik dari  `~disarah berkisah: Resipi nasi ambeng Ampang Jaya yang tersohor~

Entri Kedua

Ok.Saya mahu masukkan resepi mengikut negeri-negeri di Malaysia pula.
=D

Ahad, 11 Disember 2011

Rebung Masak Kari Dengan Tulang


Bahan-bahan:
400 gram rebung - cincang / potong ikut suka - celur dan toskan
600 gram tulang rusuk lembu - rebus hingga daging empuk 
2 pelepah daun kari
500ml santan 
5 sudu serbuk kari daging
1.5cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 keping asam gelugur
garam/ gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
5 biji cili kering

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan daun kari. 
3. Masukkan santan, tulang rusuk dan rebung dan asam gelugur.
4. Masak sehingga kuah mendidih atau sehingga kuah menjadi pekat.
5. Masukkan garam / gula / perasa pilihan.
6. Angkat dan hidangkan.

Mari jawab soalan,
1. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak rebung kari masak tulang?
2. Dengan merujuki kamus, cari maksud perkataan yang dicetak berwarna.
3. Tulis satu karangan tentang cara menyediakan masakan rebung masak kari dengan tulang.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai.
    Selamat mencuba !






Siput sedut masak asam pedas

Bahan-bahan:
1kg siput sedut (buang ekor)
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
2 tangkau daun kesum
1/2 sudu pati asam jawa
garam & gula
250 ml air
minyak

Bahan kisar:
10 biji lada kering
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan seketika.
3. Masukkan bancuhan pati asam jawa.
4. Masukkan siput sedut dan balik-balikkan sebentar.
5. Masukkan air dan biarkan mendidih atau sehingga siput sedut masak.
6. Bubuh garam dan gula secukup rasa.
7. Siput sedut masak asam pedas sedia untuk dihidangkan.

Mari jawab soalan,
1. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak siput sedut asam pedas?
2. Senaraikan imbuhan yang anda jumpa.
3. Tulis satu karangan tentang cara menyediakan masakan siput sedut asam pedas.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai.
    Selamat mencuba !




Ayam masak daun limau purut

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong 16 keping 

500ml pati santan
1 sudu besar asam jawa - diramas dengan 250ml air
7 helai daun limau purut - disiat kecil-kecil
6 sudu besar minyak


Bahan kisar:
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2.5cm kunyit hidup
3cm lengkuas
2 batang serai
10 biji cili kering
3 biji cili padi
4 biji cili merah
2 sudu teh garam kasar
1 sudu teh gula batu

Cara:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, daun limau purut dan pati santan. Kacau berterusan di atas api sederhana sehingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan biarkan merenih sehingga kuah pekat.
4. Hidangkan panas dengan nasi putih.

Mari jawab soalan,
1. Berapa jeniskah bahan yang diperlukan untuk memasak rebung kari masak tulang?
2. Dengan merujuki kamus, cari maksud perkataan yang dicetak berwarna.
3. Tulis satu karangan tentang cara menyediakan masakan rebung masak kari dengan tulang.
    Gunakan penanda wacana yang sesuai.
    Selamat mencuba !



Jumaat, 9 Disember 2011

Ikan Talapia Goreng Berlada

 
 
Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia seberat 500 gram - bersihkan, cuci dan tos
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
5 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan - belah 4
1/2 cawan air bancuhan asam jawa
1 labu bawang besar - mayang
garam / gula / perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
7 biji lada merah
1 kuntum bunga kantan - belah 4
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1.5cm belacan

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing. Angkat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, daun limau purut dan bunga kantan. Masak hingga kuah pekat.
4. Masukkan bawang besar, garam dan gula.
5. Tuangkan kuah ke atas ikan goreng tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Masakan Melayu...

Khamis, 8 Disember 2011

ianya permulaan =D

maka hari ini tercatat dalam sejarah.saya telah berjaya membuat ~BLOG~!!ya bLoG.macam tidak dapat dipercayai bukan.saya buat blog(dalam kata lain saya kurang pandai dalam bidang ICT ini).oh..tetapi sekurang-kurangnya siap juga blog saya ini ermm walaupun tidak seberapa!~ =) ~
# ini sahaja catatan permulaan saya#
sampai ketemu lagi =)