Rabu, 14 Disember 2011

Masakan dari Negeri Johor






Nasi Ambeng

Nombor 1: Nasi
Nasi hendaklah dimasak menggunakan beras yang terpilih dari negeri Kedah. Seelok-eloknya gunakanlah beras Cap Padi. Hendaklah menggunakan air tanpa klorin untuk menjamin rasanya yang asli. Nasi perlu berasa tawar, iaitu jangan dicampurkan gula atau garam,

Nombor 2: Ayam Goreng
Ayam hendaklah dipilih daripada jenis ayam kampung dara yang disembelih secara sempurna. Lebih sesuai dimasak masakan ayam penyet. Digoreng menggunakan 11 jenis rempah asli termasuk kunyit, jintan, ketumbar, buah keras, buah pala, kayu manis, lada hitam dan putih, bunga cengkih, bunga lawang, bunga orkid dan bunga raya.

Nombor 3: Sambal Belacan
Gunakan cili segar dari ladang dan bukan cili sos dari botol. Belacannya pulak hendaklah diperbuat daripada udang geragau dan bukan dibuat daripada udang harimau.

Nombor 4: Sambal Goreng
Sambal belacan yang telah siap tadi digoreng sehingga rupanya kelihatan seperti gambar di atas.

Nombor 5: Serunding Kelapa
Ini adalah ramuan paling penting dalam masakan nasi ambeng ini. Bahan utamanya ialah kelapa yang diadun dengan 11 rempah yang dinyatakan tadi. 

Nombor 6: Tempe Goreng
Tempe goreng perlu disediakan . Tempe yang dibungkus dengan daun ketapang hendaklah digoreng dengan minyak sawit.

Nombor 7: Timun
Gunakan timun Melayu. Jangan guna timun cina. Timun cina berisi merah dan berasa manis. Tak percaya, tanya orang Kelantan.

Nombor 8: Daun Pisang
Pilihlah daun pisang yang berwarna hijau. Jangan pilih yang dah berwarna kuning, apatah lagi yang warna cokelat. Daun pisang yang terbaik boleh dijadikan ulam dimakan bersama nasi ambeng.

resepi ini dipetik dari  `~disarah berkisah: Resipi nasi ambeng Ampang Jaya yang tersohor~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan